Imam masjid tergamam rumah musnah terbakar

Keadaan dalam rumah Mohd@Mat Isa yang musnah akibat kebakaran pada Rabu.
Keadaan dalam rumah Mohd@Mat Isa yang musnah akibat kebakaran pada Rabu.
A
A
A

JERANTUT - Seorang imam masjid tergamam menyaksikan sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, rumah tersebut musnah 50 peratus akibat kebakaran tersebut.

Mohd @ Mat Isa Mat Kassim, 74, dari Felda Sungai Retang di sini berada di bandar Jerantut kerana isterinya,Halimah Abdullah,71, sedang menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Menurutnya, dia mendapat panggilan daripada salah seorang anaknya kira-kira jam 2.15 petang

"Anak saya juga mendapat maklumat selepas menerima panggilan penduduk dan saya terus bergegas kembali ke rumah.

"Sampai sahaja di rumah, saya melihat jiran-jiran dan pihak bomba sedang memadamkan kebakaran," katanya pada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Ujarnya, sebahagian rumah iaitu pada bahagian belakang musnah dan menyebabkan perabot, mesin jahit, pakaian serta barangan lain turut musnah dijilat api.

"Namun saya tetap bersyukur kerana tidak membabitkan sebarang nyawa dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM60,000.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk selain pihak bomba yang banyak membantu untuk memadamkan api," jelasnya yang tinggal berdua bersama isterinya di rumah tersebut.

Bagi mereka yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akauan Bank Simpanan Nasional (0610529897909666) atas nama Mohd @ Mat Isa Mat Kassim.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin memberitahu, beliau telah melawat tempat kejadian pada Rabu dan bantuan daripada pelbagai pihak telah disalurkan kepada mangsa terbabit.