X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Zidane dedah sebab utama tinggalkan Real Madrid

Zinedine Zidane
A
A

BEKAS pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan dia meninggalkan Los Blancos disebabkan pengurusan tertinggi kelab itu tidak lagi mempercayai kemampuannya.

Zidane berkata, kali pertama dia meninggalkan Real pada 2018 selepas berasakan kelab itu memerlukan pendekatan baharu untuk kekal konsisten pada tahap tertinggi setelah beberapa musim mencipta kejayaan di pentas domestik dan Eropah.

“Namun sekarang situasinya amat berbeza kerana kali ini saya meninggalkan Real Madrid selepas pengurusan kelab tidak lagi percaya dan yakin terhadap falsafah saya.

“Malah, mereka juga tidak menyokong usaha saya dalam membentuk semula cabaran Real Madrid untuk jangka masa pendek dan panjang,” katanya.

Zidane sebelum ini kembali semula ke Real Madrid untuk kali kedua pada March 2019, memastikan dua kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berada di ibu kota Madrid sepanjang dua musim bersama jagoan Eropah itu.

Bagaimanapun, Zidane meletakkan jawatan kelab sensasi Sepanyol tersebut mengakhiri saingan musim ini tanpa sebarang kejuaraan dalam tempoh 11 tahun.

Real Madrid pada musim ini disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara pada peringkat semi finals, selain dikejutkan kelab kerdil Divisyen Tiga, Alcoyano pada Pusing 32 Piala Raja Sepanyol.

Pada masa sama, bekas bintang Perancis itu mengakui hubungannya dengan presiden kelab, Joan Laporta semakin dingin sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Zidane, ini termasuk beberapa kenyataan kontroversi yang tular kepada media mengenai masa depannya bersama Real Madrid.

“Hubungan saya dengan kelab dan presiden sejak beberapa bulan kebelakangan ini sedikit berbeza. Saya tidak meminta hak istimewa hanya sedikit kenangan.

“Ini sangat menyakitkan saya ketika membaca di akhbar setelah kekalahan, saya akan dipecat jika tidak memenangi perlawanan seterusnya.

“Ini menyakitkan saya dan seluruh pemain Real Madrid, kerana pesan yang sengaja dibocorkan kepada media mempengaruhi prestasi semasa Real Madrid, mereka menimbulkan keraguan dan salah faham,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!