Empat beranak tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah separuh kekal di Kampung Jemari, Pengakalan Batu, Mersing pada malam Isnin.
Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah separuh kekal di Kampung Jemari, Pengakalan Batu, Mersing pada malam Isnin.
A
A
A

MERSING - Empat beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jemari, Pengkalan Batu di sini pada Isnin.

Kejadian pada jam 7.10 petang itu disedari mangsa dan isterinya selepas ternampak api dari salah sebuah bilik anaknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Azhari Awi berkata, pasangan warga emas itu bersama dua anaknya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 petang sebelum 16 anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Mersing tiba pada jam 7.51 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah separuh kekal di Kampung Jemari, Pengakalan Batu, Mersing pada malam Isnin.
Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah separuh kekal di Kampung Jemari, Pengakalan Batu, Mersing pada malam Isnin.

"Turut membantu satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Endau. Kita mengalami sedikit kesukaran ekoran terpaksa berulang alik menggunakan sumber air kerana tiada pili bomba di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Azhari berkata, kebakaran tersebut memusnahkan hampir 95 peratus rumah separuh kekal berkenaan selain sebuah kereta Perodua Kancil dan pacuan empat roda jenis Hilux musnah 90 peratus.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir hampir dua jam untuk memadam kebakaran tersebut sebelum dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.44 malam.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 11.26 malam," katanya.