Berhenti pemikiran sebagai pembangkang

Tan Hong Pin
Tan Hong Pin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas ADUN Skudai dari DAP, Dr Boo Cheng Hau perlu berundur daripada pemikiran sebagai pembangkang.

Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Pin berkata, DAP kini merupakan parti pemerintah selepas PRU14.

“Sebagai pemimpin negeri, saudara Boo Cheng Hau adalah sebahagian daripada pakatan kerajaan.

“Oleh itu, saudara Boo perlu berundur daripada pemikiran pembangkang yang lama, lebih-lebih lagi menyerang pakatan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Hong Pin berkata, beliau menegaskan kenyataan Cheng Hau baru-baru ini, adalah pendirian peribadi dan tidak mendapat restu DAP Johor.

Katanya, kenyataan bekas Pengerusi DAP Johor itu telah merosakkan imej parti.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyakiti saudara-saudari sekutu, tetapi hanya menyeronokkan musuh kita. Ini tidak membantu kita dalam menangani cabaran depan.

“Sebagai pemimpin kanan, saudara Boo sepatutnya lebih menyelami selok-belok politik. Tetapi kenyataannya hanya untuk menarik perhatian dengan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebagai ahli jawatankuasa (AJK) DAP Johor, beliau mempunyai platform yang secukup-cukup untuk menyuarakan pendapatnya.

“Tetapi beliau tidak berbincang mengikuti saluran dalaman mahupun dengan pemimpin negeri dan pusat,” katanya.

Hong Pin berkata, Cheng Hau sepatutnya membantu perubahan kerajaan dan mampu mencadangkan polisi yang memanfaatkan negara, menerusi pengalamannya.

“Tetapi sekarang beliau hanya berjalan dalam landasan yang tidak betul malah menyerang parti sesukahati.

“Perbuatan ini telah menimbulkan kemunsyilan orang ramai terhadap motifnya,” katanya.