Kes Covid-19 di Kelantan boleh cecah 1,000 kes sehari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kes positif Covid-19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1,000 kes sehari mulai bulan depan, berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, selain nisbah jangkitan, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan apabila kes positif harian tinggi dicatat dalam tempoh beberapa hari lalu.

"Nisbah jangkitan berbanding penduduk sangat tinggi, sebagai contoh Kota Bharu mencatat 583 kes daripada 100,000 penduduk pada masa ini.

"Kita jangka kes akan naik lagi kerana wabak Covid-19 sudah berada dalam komuniti secara besar-besaran. Sebelum ini kita sudah ingatkan kalau tidak patuhi SOP, selepas raya kes dijangka naik, jangkaan itu tepat. Lihat pada trend sekarang, Jun ini kes boleh mencecah hingga 1,000 sehari," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kota Darulnaim yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Kelantan mencatat 612 kes positif Covid-19 dengan 7,869 kes aktif. - Bernama

Artikel Berkaitan: