X

Kindly register in order to view this article
!

Hafizh lain macam di GP Itali

Hafizh mempamer tunggangan bertenaga apabila menamatkan perlumbaan Moto2 GP Itali di kedudukan kesembilan. - FOTO RW Racing GP
A
A

PELUMBA Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mencatat sejarah tersendiri apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali pada kedudukan kesembilan di Litar Mugello hari ini.

Bermula di petak ke-20, pelumba NTS RW Racing GP itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 52.516 (s) dan sekali gus meraih lapan mata selain berada pada kedudukan ke-21 dalam siri kejuaraan dunia.

Sekali gus, kejayaan Hafizh itu menggembirakan peminat sukan permotoran negara yang rata-rata memberikan ucapan tahniah menerusi laman sosial miliknya selepas tamat perlumbaan.

Kejayaan menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan kali ini dilihat sebagai pencapaian terbaik Hafizh biarpun bermula pada petak ke-20 pada perlumbaan kali ini.

Ia turut membuktikan bahawa Hafizh semakin serasi dengan jentera baharu NTS menerusi kejayaannya menduduki tempat kesembilan pada perlumbaan kali ini dan sekali gus, menjadi pencapaian terbaik pelumba negara itu bersama pasukannya NTS RW Racing GP selepas berjaya meraih satu mata ketika perlumbaan GP Le Mans.

Kejayaan itu nyata memberi khabar gembira buat semua peminat sukan permotoran di negara ini yang menyaksikan perlumbaan itu dengan penuh debaran.

Ini dibuktikan di ruangan komen laman sosial pelumba negara itu yang dipenuhi dengan ucapan tahniah atas kejayaannya meraih tujuh mata berharga pada GP kali ini.

"Last minit kena potong. Kalau tak mesti P8 dah. Tapi sangat berbangga dengan Hafizh hari ini. Dari posisi 22, kau berjaya finish kesembilan.

"Berapa banyak pelumba kau potong. Aron Canet pun kau potong. Aku tak putus doa semoga kau dapat top 10 tadi dan minta jangan la kau kemalangan. Alhamdulilah. Kau berjaya juga dapat top 10 hari ini," demikian komen Syamaiza Shaffie di laman sosial milik, Hafizh.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!