X

Kindly register in order to view this article
!

Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ) bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi untuk PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini. Kita telah membuat keputusan iaitu untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri oleh pasangan PJJ,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad.

Pada 28 Mei lalu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Ismail Sabri (kiri) ketika sidang media bersama Dr Noor Hisham (kanan) mengenai Pelaksanaan PKP penuh untuk sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri (kiri) ketika sidang media bersama Dr Noor Hisham (kanan) mengenai Pelaksanaan PKP penuh untuk sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

Menurut satu kenyataan, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan ‘total lockdown’ ini, semua surat perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkuat kuasa sehingga Isnin ini sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Total lockdown': Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenar beroperasi

“Ia akan tamat pada Isnin dan kementerian berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran bekerja.

“Kita juga membenarkan rentas negeri yang melibatkan kes-kes kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya. Perkara ini boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jadi ada dua sumber sahaja. Yang pertama kementerian-kementerian berkaitan dengan kerja mereka dan kedua daripada polis. Polis juga masih boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk rentas negeri dan daerah,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!