Dua keluarga bergaduh guna senjata

Tular video pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk
Tular video pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hanya kerana perselisihan faham dua keluarga terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini pada Rabu.

Malah pergaduhan itu yang turut menggunakan senjata tular dalam media sosial selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan merakam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang Rabu.

"Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi. Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.

"Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis telah berjaya 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.

"Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Sebelum ini pergaduhan tersebut yang melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR berkenaan tular sebelum kejadian itu disiasat pihak polis.

Rupiah berkata, kompaun sudah dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan:

"Pergaduhan yang berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata," katanya.

Katanya, polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.