Pasar moden Seksyen 6 Shah Alam ditutup hingga Ahad

Pasar Moden Seksyen 6, dekat sini diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini. - Foto internet
Pasar Moden Seksyen 6, dekat sini diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini. - Foto internet
A
A
A

SHAH ALAM - Pasar Moden Seksyen 6, dekat sini diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini ekoran terdapat jangkitan kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penutupan pasar berkenaan sehingga Ahad depan adalah sebagai salah langkah mengawal penularan penyakit dan pengesanan kontak kes positif Covid-19 di pasar tersebut.

"Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 pada kadar segera dan mengemukakan keputusannya kepada MBSA sebelum dibenarkan meneruskan operasi perniagaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pihaknya turut menyarankan mereka untuk melaksanakan ujian saringan di lokasi-lokasi program saringan Covid-19 percuma kerajaan negeri Selangor atau mana-mana klinik dan pusat perubatan swasta yang mengadakan perkhidmatan tersebut.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati, pintu masuk utamanya ditutup dan tempat letak kenderaan juga lengang susulan penutupan operasi premis berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: