SPR tidak benarkan baju tertera tagline, slogan, moto berbaur hasutan

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pemakaian baju dan membawa masuk apa-apa material tertera tagline, slogan, moto atau apa-apa perkataan yang berbaur hasutan oleh pengundi ke dalam pusat mengundi bagi mana-mana pilihan raya.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ia tidak boleh berbaur hasutan, cercaan,provokasi atau menyentuh sensitiviti kaum yang bolehisu menggangu kelancaran proses pengundian.

"Mana-mana pengundi yang gagal mematuhi arahan tersebut tidak akan dibenarkan masuk ke pusat mengundi pada hari mengundi.

"Bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini, SPR mengajak semua pihak mematuhi semua undang-undang bagi memastikan hak demokrasi dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan: