Abang hanyut selepas selamatkan adik

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang sedang mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di Bagan Datuk. Foto: Ihsan Bomba Perak.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang sedang mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di Bagan Datuk. Foto: Ihsan Bomba Perak.
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan adiknya yang dihanyutkan ketika mandi di Sungai Perak berhampiran Kampung Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa merupakan seorang penuntut berusia 21 tahun berjaya menyelamatkan adik lelakinya berusia 15 tahun itu sebelum dia tenggelam dihanyutkan arus.

"Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa bersama rakan sekampung dan adiknya sedang mandi sebelum adik mangsa telah dihanyutkan arus sungai.

"Mangsa cuba menyelamatkan adiknya dan berjaya menolak adiknya sebelum diselamatkan oleh bot orang kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Mangsa kemudiannya tenggelam dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak. Foto: Ihsan Bomba Perak
Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak. Foto: Ihsan Bomba Perak

Menurut beliau, berdasarkan maklumat itu, operasi mencari dan menyelamat dijalankan melibatkan anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Operasi bermula jam 6 petang itu turut dibantu orang kampung sebelum dihentikan pada jam 9 malam kerana keadaan gelap. SAR (operasi mencari dan menyelamat) diteruskan bagi mengesan mangsa hingga sekarang.

"Operasi melibatkan sembilan anggota polis, enam anggota bomba dan lima anggota APM," katanya.

Artikel Berkaitan: