Rezeki jalanan budak lima tahun

Kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalan demi mencari rezeki. - Foto Tribunnews
Kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalan demi mencari rezeki. - Foto Tribunnews
A
A
A

JAKARTA - Demi mencari rezeki, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa 'bekerja' dengan mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalanan dekat sini.

Aksi kanak-kanak sempat dirakam oleh pemilik akaun TikTok @abigaielll sebelum tampil menghulurkan bantuan.

Video dimuat naik di Tiktok juga meraih lebih 6.2 juta tontonan, lapor Tribunnews.

Lebih mesra dipanggil Abigaiel, 21, telah mendekati kanak-kanak malang yang dilihat duduk di kaki lima sambil membawa karung guni mengandungi barang terpakai.

"Kanak-kanak ini 'bekerja' dari pagi hingga jam 6 petang setiap hari sendirian. Bapanya tidak bekerja terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil manakala ibu telah meninggal dunia," katanya.

Simpati melihat keadaan kanak-kanak yang kehausan dan dalam kelaparan, Abigaiel membawanya ke sebuah kedai untuk membeli makanan.

"Dia hanya mahu air minuman sahaja kerana haus tetapi saya minta dia ambil apa sahaja makanan kerana tahu dia letih mencari barang terpakai sejak dari pagi," ujarnya.

Abigaiel juga menyelar tindakan pihak kerajaan yang tidak peka terhadap golongan kurang mampu kerana di daerah Cengkareng, ramai menjadi pengemis gara-gara tiada pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya, ramai daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas. Mereka terpaksa mengemis, mencari barang-barang terpakai untuk mencari rezeki.

"Pada pendapat saya, pemerintah Indonesia masih kurang peka terhadap golongan kurang mampu sedangkan mereka sangat perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Sementara itu, Abigaiel mengakui bahawa video yang dimuat naiknya mendapat reaksi positif daripada warganet.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!