X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya 12 jemaah solat Jumaat, 4 solat fardu di Johor

Gambar hiasan
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan hanya 12 jemaah dalam kalangan ahli kariah termasuk ahli jawatankuasa pengurusan dan kariah masjid serta surau dalam pelaksanaan solat fardu dan Jumaat.

Penetapan jumlah jemaah terbaharu itu tidak termasuk imam, bilal dan noja yang bertugas di masjid atau surau berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, bagi solat fardu di masjid atau surau, empat jemaah sahaja dibenarkan iaitu imam, bilal dan dua orang noja.

"Jarak antara saf hendaklah diselangkan dan ruang solat bagi musafir adalah tidak dibenarkan. Semua ketetapan baharu iaitu solat Jumaat bermula minggu ini manakala ketetapan solat fardu bermula esok (Rabu)," kata mereka dalam kenyataan berkenaan.

Kata mereka, langkah tersebut adalah berdasarkan perkembangan kes Covid-19 di negeri ini yang mencatatkan 54,431 kes direkodkan sehingga Isnin dengan 221 kematian.

Kenyataan itu memberitahu, sebanyak 91 buah masjid dan surau telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Johor sehingga Isnin.

Selain itu katanya, aktiviti ziarah kubur dalam tempoh PKP tidak dibenarkan manakala pengebumian jenazah dibenarkan 12 orang sahaja tidak termasuk petugas tanah perkuburan dengan syarat bukan jenazah Covid-19.

"Solat jenazah di surau adalah tidak dibenarkan," jelas kenyataan itu lagi.

Semua perintah itu kata mereka, sudah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!