X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki mati di dalam kereta bukan sebab Covid-19

Tangkap layar daripada sebuah video mendakwa seorang lelaki meninggal dunia akibat Covid-19 dipercayai berlaku di Senai yang tular di media sosial.
A
A

KULAI- Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Senai di sini bukan disebabkan Covid-19 sebagaimana yang tular di media sosial sejak Isnin.

Ketua Polis Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata pihaknya menerima aduan orang awam melalui panggilan telefon memaklumkan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Kawasan Perindustrian 2, Senai pada jam 4.20 petang pada Khamis lalu.

"Bertindak atas maklumat tersebut, pada hari yang sama kira-kira jam 4.45 petang pihak hospital telah tiba di lokasi tempat letak kenderaan itu dan mengesahkan mangsa sudan meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulai untuk tindakan ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat dilakukan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati cermin kereta mangsa di bahagian belakang dipecahkan oleh orang awam yang cuba memberikan bantuan setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beng Yeow berkata, ujian calitan Covid-19 ke atas mangsa didapati negatif dan tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui.

"Pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Orang ramai diingatkan berhati- hati sebelum berkongsi dan menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya agar tidak timbulkan panik dalam kalangan masyarakat," katanya.

Pada Isnin, tular satu video berdurasi 32 saat menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang menguruskan seorang individu dipercayai meninggal dunia di tepi jalan di kawasan perindustrian di Senai.

Bagaimanapun Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu dilaporkan berkata, siasatan video itu mendapati pesakit berkenaan tiada kaitan dengan kes Covid-19 mahupun varian baharu dari India.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!