Jangkitan Covid-19 menular kepada kanak-kanak, bayi

Ancaman jangkitan Covid-19 dikenal pasti menular kepada golongan kanak-kanak dan bayi apabila data KKM menunjukkan seramai 48,261 kumpulan umur itu telah dijangkiti sehingga kini. Gambar hiasan.
Ancaman jangkitan Covid-19 dikenal pasti menular kepada golongan kanak-kanak dan bayi apabila data KKM menunjukkan seramai 48,261 kumpulan umur itu telah dijangkiti sehingga kini. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ancaman jangkitan Covid-19 dikenal pasti menular kepada golongan kanak-kanak dan bayi apabila data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan seramai 48,261 kumpulan umur itu telah dijangkiti sehingga kini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 6,290 kes positif Covid-19 merupakan bayi berumur 18 bulan dan ke bawah.

“Jangkitan kes Covid-19 ini tidak mengenal siapa malah kanak-kanak pun tidak terkecuali untuk menjadi mangsanya.

“Jika sebelum ini, warga emas adalah golongan yang berisiko dijangkiti Covid-19, nampaknya ancaman virus ini sudah menular kepada kanak-kanak pula.

“Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada semua pihak terutama ibu bapa. Kita sebagai orang dewasalah yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak ini daripada dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Justeru, beliau berkata selain memberi penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP), tindakan ‘self lockdown’ atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang daripada dijangkiti Covid-19 adalah amat penting.

“Ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Pandemik Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan angka terbaharu melebihi 7,000 kes pada Selasa, iaitu tertinggi sejak lebih setahun lalu.

Artikel Berkaitan: