X

Kindly register in order to view this article
!

Harga timah merosot AS$200 berikutan permintaan rendah

PTKL merosot AS$200 untuk ditutup kepada AS$30,850 satu tan pada Selasa. - Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) merosot AS$200 untuk ditutup kepada AS$30,850 satu tan pada Selasa berikutan permintaan rendah yang berterusan terhadap logam itu, sejajar dengan aliran penurunan di Bursa Logam London (LME), kata peniaga.

Harga timah di LME susut AS$45 untuk ditutup kepada AS$29,535 satu tan.

Peniaga berkata, harga timah rendah juga disebabkan dolar US yang lebih kukuh berbanding ringgit.

“Bidaan dan penawaran, masing-masing sebanyak 16 tan dan 20 tan,” katanya, sambil menambah jumlah dagangan di PTKL tidak berubah sebanyak 16 tan seperti pada Isnin.

Sokongan belian adalah dari China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, negara-negara Eropah, Pakistan dan Bangladesh serta satu penjual tempatan.

Premium antara PTKL dan LME berkurangan kepada AS$1,315 satu tan daripada AS$1,470 satu tan semalam.

PTKL ditutup esok sempena cuti Hari Wesak. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!