Bawa ketum langgar MPV polis

Hasanuddin (tengah) menunjukkan ketum yang dirampas anggotanya dan menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan.
Hasanuddin (tengah) menunjukkan ketum yang dirampas anggotanya dan menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Perdana melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) milik polis dalam usaha meloloskan diri kerana membawa 41kg muatan ketum gagal apabila ditahan di KM98 Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik berhadapan Stesen Minyak BHP, Jeli, kelmarin.

Penganggur berusia 46 dan 23 tahun itu ditahan dalam serbuan pertama oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli pada jam 2.30 petang.

Serbuan turut dibantu anggota MPV dan anggota Trafik IPD Jeli.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota JSJ IPD Jeli sebelum itu terserempak dengan kereta berwarna hitam yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan dan dipandu secara berbahaya di kawasan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Pak Mud, Jeli.

Katanya, dengan bantuan MPV dan anggota trafik mengejar kereta tersebut dan apabila sampai di hadapan Stesen Minyak BHP, Jeli, kereta suspek bertindak melanggar MPV polis lalu terbabas.

“Berlaku pergelutan antara polis dan suspek sebelum mereka berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah 2,050 bungkusan plastik daun ketum seberat 410kg yang dimuatkan dalam but kereta terbabit.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan satu paket plastik berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.88 gram dengan nilai keseluruhan RM12,400 serta turut menjumpai sebilah golok dipercayai untuk melindungi mereka yang menjalankan kegiatan penyeludupan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, tadi.

Artikel Berkaitan: