Polis minta perakam video tular tampil

GEORGETOWN - Polis meminta individu yang merakam video beberapa buah kenderaan membuat pusingan U serta memandu secara melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong di sini supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut bagi mengenal pasti tarikh dan masa serta pemandu kenderaan yang terlibat.
Menurutnya, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis untuk membantu siasatan.
"Terdapat satu klip video yang memaparkan beberapa kenderaan membuat pusingan U secara haram dan memandu melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Ia dipercayai tular di media sosial tadi (Isnin).