Neelofa bantu penduduk terjejas insiden letupan kereta

 Neelofa tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu 11 keluarga di Flat Kampung Sireh di sini yang terjejas akibat insiden letupan sebuah kereta pada Jumaat lalu.
Neelofa tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu 11 keluarga di Flat Kampung Sireh di sini yang terjejas akibat insiden letupan sebuah kereta pada Jumaat lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu 11 keluarga di Flat Kampung Sireh di sini yang terjejas akibat insiden letupan sebuah kereta pada Jumaat lalu.

Pertolongan disalurkan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa dimiliki Neelofa, 32, pada Sabtu lalu.

Neelofa yang juga pengerusi pertubuhan tersebut berkata, insiden itu diketahui daripada saudaranya yang tinggal di Kampung Sireh menerusi aplikasi kumpulan WhatApps keluarga.

Menurutnya, saudaranya turut berkongsi berita dan turut sama terkesan akibat kejadian tersebut.

“Wakil Pertubuhan Kasih Neelofa yang berada di Kota Bharu diminta supaya mengesan keluarga terjejas letupan dan mengalami kerosakan rumah untuk dibantu.

“Bantuan berbentuk wang tunai kepada 11 keluarga disampaikan bertujuan meringankan beban mereka bagi membaiki kerosakan rumah yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sumbangan disampaikan Pegawai Tugas-tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa, Nezalani Nawi.

Sementara itu, Neelofa berkata, pihaknya berpuas hati dapat melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Artikel Berkaitan:

“Tumpuan diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim.

“Sejak dua tahun penubuhan, kami berbangga dapat menyantuni ramai individu memerlukan di seluruh negara,” katanya.

Tambah beliau, sumbangan disalurkan bergantung kepada keperluan individu dan golongan terbabit meliputi kewangan barangan keperluan harian serta bantuan tenaga kerja.

"Selain itu, kami membantu dari segi pendidikan secara konsisten, perubatan dana bantuan khas seperti Covid-19, serangan di Palestin, kebakaran, banjir dan taufan.

“Saya berharap dengan penglibatan Pertuduhan Kasih Neelofa juga dapat menarik minat lebih banyak badan korporat untuk sama membantu,” katanya.

Neelofa
Neelofa

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki berusia 40-an maut dalam keadaan tragis, manakala sembilan cedera akibat kereta yang dipercayai bermuatan mercun secara tiba-tiba meletup di lampu isyarat di Lembah Sireh.

Letupan menyerupai bom menyebabkan kereta dinaiki terputus dan hangus serta membakar beberapa lagi kereta lain.

Kejadian itu turut menyebabkan tingkap rumah penduduk dan masjid berhampiran pecah.

ARTIKEL BERKAITAN Letupan kereta: Kediaman penduduk flat Kampung Sireh rosak teruk

Syukur Alhamdulillah. With all your help and generosity, kami dari Pertubuhan Kasih Neelofa dapat sampaikan infaq anda kepada keluarga mangsa kesan letupan di Kota Bharu, Kelantan. pic.twitter.com/ByBtBTYQ9d

— Neelofa (@Neelofa) May 24, 2021