Lelaki maut, tangki helium meletup ketika kerja kimpalan

Keadaan di lokasi kejadian di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua.
Keadaan di lokasi kejadian di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua.
A
A
A

KAJANG – Seorang lelaki tempatan maut dpercayai akibat letupan tangki helium ketika melakukan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer.

“Pasukan bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!