X

Kindly register in order to view this article
!

Berita tular isteri Mufti Perak meninggal palsu

Mesej yang tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan isteri Mufti Perak meninggal dunia.
A
A

IPOH - Penyebaran mesej yang tular mengatakan isteri Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meninggal dunia adalah palsu.

Perkara itu dinafikan anaknya, Datuk Ahmad Wafi Harussani yang memaklumkan bahawa ibunya, Puan Sri Ainon Abdul Ghani semakin pulih daripada Covid-19 dan kini berada di rumah.

Menurutnya, Harussani yang disahkan positif Covid-19 minggu lalu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Bapa saya sekarang dirawat di ICU. Mak saya sekarang sudah discaj dari hospital dan alhamdulillah semakin pulih daripada Covid-19," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sejak Ahad, satu mesej tular di WhatsApp mendakwa isteri Mufti Perak meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi hantaran di Facebook pada Isnin meminta orang ramai mendoakan kesihatan Harussani dan pesakit Covid-19 yang lain.

Sinar Harian pada 19 Mei melaporkan Harussani disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di HRPB di sini.

Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak positif Covid-19


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!