Pesakit Covid-19 kategori 4,5 penuhi katil HRPZ II

Katil di 10 wad Covid-19 yang sudah digunakan sehingga 98 peratus oleh pesakit positif sehingga hari ini.
Katil di 10 wad Covid-19 yang sudah digunakan sehingga 98 peratus oleh pesakit positif sehingga hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Pesakit Covid-19 kategori empat dan lima memenuhi katil Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sehingga 98 peratus manakala wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula penuh.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, peningkatan kes positif secara berterusan mencecah lebih 600 kes setiap hari itu memaksa pihaknya menukar 10 lagi wad separa kritikal dan wad biasa kepada wad khas bagi merawat pesakit Covid-19.

Katanya, secara keseluruhan 11 wad berkapasiti 238 katil manakala empat katil di wad ICU ditambah kepada 42 katil.

“Kapisiti katil sudah berada pada tahap 98 peratus dan penambahan dibuat bagi merawat pesakit bergejala teruk kategori empat dan lima.

“Sebagai persediaan katil klinikal di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Khas di Gelanggang Seni, Kota Bharu ditambah daripada 30 ke 60 untuk menghantar pesakit kategori tiga dari hospital dan ditempatkan di sana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi HRPZ II di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pada masa sama, hospital berkenaan masih menerima pesakit biasa dengan tinggal hanya 198 katil di 17 wad biasa manakala 18 katil di ICU untuk pesakit kritikal bukan Covid-19.

“Kami beroperasi 24 jam dengan 4,300 sumber manusia yang ada bagi mengekang penularan Covid-19 dan amat memerlukan rakyat supaya self lock down serta tidak memandang remeh atau menganggap pandemik ini satu rekaan kerana benar-benar berlaku hingga kami terlampau penat.

“Pada masa sama, HRPZ II juga menghadkan peneman dan hanya dibenarkan bagi pesakit betul-betul perlu peneman bagi memastikan wad-wad biasa kami bebas pembawa Covid-19 dan dapat terus berfungsi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Malaysia pada hari ini mencatatkan 6,509 kes positif Covid-19 dengan 451 kes direkodkan di Kelantan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,997 kes di negeri ini