Ekonomi Malaysia tunjuk peningkatan positif

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ekonomi negara menunjukkan peningkatan positif pada suku pertama tahun ini kesan daripada pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh itu, Malaysia merekodkan peningkatan ekonomi antara 0.3 sehingga 0.5 peratus.

"Eksport kita meningkat, import kita meningkat. Jumlah pekerja yang kita boleh ambil semula 150,000 lebih daripada jadual yang kita hanya (sasar) 120,000.

"Jadi hampir sebahagian besar mensasarkan satu jangkaan peratusan yang lebih besar daripada biasa. Orang sudah balik bekerja.

"Sebab itu unjuran oleh pihak badan antarabangsa dan kita punya pakar dalam Bank Negara Malaysia (BNM) ialah kita akan melihat pertumbuhan antara 6.5 peratus ke 7 peratus tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dengan peningkatan yang ditunjukkan itu, beliau yakin ekonomi negara akan kembali positif.

"Kita ada masa beberapa bulan lagi, Insya-ALLAH kita akan (peningkatkan positif ekonomi) lihat tercapai," katanya.

Artikel Berkaitan: