Kesan PKP 1.0 terhadap ekonomi amat besar: PM

Muhyiddin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. -Foto Bernama
Muhyiddin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau secara peribadi mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan, namun kesan penutupan tersebut terhadap ekonomi amat besar.

Menurutnya, kerajaan memutuskan tidak laksana ‘total lockdown’ seperti PKP 1.0 ketika ini kerana akan jejas kehidupan rakyat, sebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan.

"Kalau tanya saya secara peribadi, PKP sepenuhnya memang terbaik dan terjamin selamat dan mudah kerajaan dan KKM menguruskan tapi kesan penutupan kepada ekonomi amat besar sekali," katanya dalam program icara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada malam Ahad.

Menurut Perdana Menteri, pertimbangan antara hidup dan kehidupan perlu diambil kira dalam memutuskan pelaksanaan PKP bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.

“Memang kalau ikutkan saya, KKM kata memang itu yang terbaik Tan Sri...tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tak bekerja, ekonomi dah runtuh nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0), saya (kerajaan) terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan.

"Itu bukanlah jumlah yang sedikit, tak pernah berlaku dalam negara. Dua puluh peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita gunakan untuk menolong rakyat. Ini yang rakyat harus faham. Kalau buat begitu (tutup semua sektor ekonomi) kita akan hadapi masalah yang lebih besar, nanti negara tak boleh nak bangkit," katanya.

Muhyiddin berkata penutupan semua sektor ekonomi semasa PKP 1.0 pada 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 bagi mengekang penularan Covid-19 bukan sahaja menyebabkan negara kerugian kira-kira RM2.4 bilion setiap hari, tetapi ramai rakyat kehilangan pekerjaan selain peniaga kecil turut terjejas teruk.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!