Tujuh lelaki ditangkap pecah masuk premis bitcoin

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan suspek semasa melakukan kegiatan pecah masuk premis di Taman Tokun Jaya, Bukit Mertajam petang Jumaat.
Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan suspek semasa melakukan kegiatan pecah masuk premis di Taman Tokun Jaya, Bukit Mertajam petang Jumaat.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pecah kedai dan mencuri mesin melombong bitcoin di Taman Tokun Jaya, di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua individu itu ditahan tidak sampai tempoh 24 jam melakukan jenayah berkenaan dalam beberapa serbuan berasingan di daerah ini.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa peralatan dan kenderaan yang digunakan suspek semasa melakukan kegiatan pecah masuk premis tersebut.

"Kesemua suspek berusia di antara 20 hingga 30 tahun mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Shafee berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang menyedari premisnya dipecah masuk selepas melihat kesan umpil pada jeriji dan kerosakan pada pintu kayu hadapan kedai.

Katanya, dalam kejadian jam 1.30 petang itu lelaki berkenaan mendapati dua set server dan 50 buah mesin bitcoin telah hilang.

"Susulan laporan itu, Pasukan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan dan risikan sebelum berjaya mengesan kumpulan penjenayah terbabit.

"Kesemua suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 5 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan: