PKPD tiga kampung di Pasir Mas Kelantan dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Jun depan. Foto fail Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Jun depan. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Jun depan.

PKPD itu membabitkan Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku penularan serta terdapat kes baharu direkodkan di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

“Dalam tempoh PKPD sehingga kini, KKM telah melakukan 486 ujian saringan di Kampung Paya Ular dan 94 individu disahkan positif Covid-19.

“75 kes positif juga direkodkan di Kampung Bechah Palas hasil daripada keseluruhan 984 ujian saringan.

“Selain itu, KKM turut merekodkan 69 kes positif Covid-19 di Kampung Tualang selepas melakukan 307 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jumaat.

Beliau berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di tiga perkampungan seperti dinyatakan bermula 23 Mei sehingga 5 Jun 2021.

Artikel Berkaitan: