Jepun dijangka lulus penggunaan vaksin Covid-19 Moderna, AstraZeneca

Panel pakar kerajaan Jepun pada Khamis meluluskan dua vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Moderna Inc. dan AstraZeneca Plc
Panel pakar kerajaan Jepun pada Khamis meluluskan dua vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Moderna Inc. dan AstraZeneca Plc
A
A
A

TOKYO - Panel pakar kerajaan Jepun pada Khamis meluluskan dua vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Moderna Inc. dan AstraZeneca Plc yang berpangkalan di Britain, dengan Kementerian Kesihatan menjangkakan kelulusan rasmi mengenainya dibuat, pada Jumaat.

Menurut Agensi Berita Xinhua, andai kelulusan rasmi diberikan kelak, berdasarkan penilaian panel pakar melalui ujian klinikal di Jepun dan di luar negara, menjadikan tiga jenis vaksin telah diluluskan di negara ini.

Sebelum ini, hanya vaksin yang dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer digunakan di Jepun.

Program vaksinasi Jepun menerima kritikan hebat berikutan negara itu ketinggalan jauh berbanding negara maju lain.

Kempen vaksinasi di Jepun paling perlahan berbanding negara OECD sehingga mencetuskan gelombang jangkitan keempat, memetik sumber.

Perdana Menteri Yoshihide Suga berikrar untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin sehingga satu juta suntikan sehari dan memastian semua warga emas divaksin menjelang akhir Julai.

Jepun mempunyai kira-kira 36 juta warga emas dan pemberian vaksin terhadap golongan ini dimulakan pada pertengahan April.

Kekurangan petugas kesihatan untuk menguruskan pemberian vaksin mungkin akan menyukarkan usaha kerajaan memastikan semua warga emas disuntik sebelum penghujung April.

Artikel Berkaitan:

Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato pada satu sidang media berkata, Sekretariat Kabinet akan membentuk satu pasukan bagi mencari kaedah untuk menyediakan perakuan dan kebenaran bagi mereka yang telah menerima suntikan vaksin melakukan perjalanan ke luar negara. - Bernama