X

Kindly register in order to view this article
!

59 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Selain merekodkan kes positif Covid-19 baharu tertinggi, Malaysia turut mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi akibat pandemik berkenaan dengan 59 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 ialah sebanyak 2,099 kes.

"Kes kematian pada hari ini (Khamis) melibatkan 14 kes di Johor, selain Selangor (10), Kuala Lumpur (lapan), Kelantan (enam), Negeri Sembilan (empat), Melaka (empat), Kedah (tiga), Perak (tiga), Terengganu (tiga), Sarawak (dua) dan Sabah (satu) serta Pulau Pinang (satu)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jumlah kes kematian itu membabitkan 58 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

"Mereka berusia 37 hingga 91 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit lain," katanya.

Beliau berkata, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga semakin meningkat iaitu sebanyak 587 kes.

"Daripada jumlah itu, seramai 330 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!