X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Sultan Ibrahim seru perbincangan semua ahli Parlimen, ADUN

SULTAN IBRAHIM. - Foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru agar satu perbincangan secara permesyuaratan diadakan melibatkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi memberikan pandangan masing-masing dalam membendung penularan Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah sejak kebelakangan ini, Johor mencatatkan kes positif Covid-19 yang semakin tinggi dengan 699 kes dilaporkan pada Rabu.

"Pihak pentadbiran kerajaan, semua ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan wabak Covid-19 segera dibendung dan pada masa sama, mereka yang terkesan hendaklah dibantu.

"Saya sedar akan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa menghalang persidangan Parlimen dan DUN untuk dijalankan ketika ini. Namun, saya rasa khidmat ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak ini," titah baginda.

Baginda menyeru agar satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan dalam kalangan semua ahli Parlimen dan ADUN di Johor dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

"Melalui perbincangan ini, semua ahli Parlimen dan ADUN boleh memberikan buah fikiran dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak Covid-19 serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bangsa Johor," titah baginda.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!