PKP 1.0 beri kesan negatif kepada ekonomi negara: AMCHAM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dikuatkuasakan pada awal Mac tahun lalu memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika- Malaysia (AMCHAM), Siobhan Das berkata, pelaksanaan seperti PKP 1.0 akan menyebabkan infrastruktur yang dibina sejak tahun lalu akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi negara.

“Ia juga akan memberi kesan yang lama dan besar bagi perniagaan dalam rantaian bekalan global.

“Industri dan kerajaan perlu menyedari peranan penting dalam yang dimainkan oleh pekerja dan perniagaan di Malaysia dalam rangkaian rantai bekalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Siobhan berkata, kerajaan perlu melaksanakan PKP yang lebih baik daripada PKP sebelumnya dengan menerapkan pendekatan kepada masyarakat.

“Ia juga penting bagi setiap individu, keluarga, masyarakat untuk melakukan peranan mereka untuk memastikan rakyat mencapai keseimbangan antara kelangsungan ekonomi dan kesihatan awam,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga mendesak kerajaan untuk melaksanakan vaksinasi dengan segera sebaik sahaja bekalan tiba di Malaysia.

Tambah beliau, hospital dan klinik swasta perlu dilengkapi dengan sumber dan infrastruktur untuk menyokong program vaksinasi termasuk vaksinasi di tempat industri,

Artikel Berkaitan:

Jelas Siobhan, sehingga suku tahun pertama 2021, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pemulihan ekonomi yang mempengaruhi sentimen pelaburan dan mempertikaikan kebolehpercayaan Malaysia dalam rantaian nilai global.