Sila log masuk terlebih dahulu.

Empat lelaki ditahan kerana bergaduh

Tok Beng Yeow
Tok Beng Yeow
A
A
A

KULAI - Polis menahan empat lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan di Jalan Kekwa, Taman Sri Kulai Baru pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pergaduhan itu pada jam 1.25 pagi.

"Bertindak atas maklumat, anggota polis telah ke Jalan Kenanga Indahpura pada jam 11. 15 pagi pada Selasa.

"Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 17 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Beng Yeow, hasil soal siasat yang dijalankan, keempat-empat suspek mengaku terlibat dalam pergaduhan tersebut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar pergaduhan dan polis juga masih mengesan individu lain yang terlibat dalam pergaduhan ini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Rabu. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan: