X

Kindly register in order to view this article
!

Drawbridge dilimpahi cahaya bendera Palestin

Penunggang basikal yang melalui kawasan itu merakam gambar drawbridge yang diwarnai cahaya bendera Palestin bermula malam ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Struktur ikonik Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge dilimpahi cahaya lampu berwarna bendera Palestin bermula malam Isnin sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan dilalui umat Islam di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud berkata, mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.

"Lampu warna bendera Palestin akan dipasang selama empat jam setiap hari bermula jam 7 hingga 12 malam dalam tempoh seminggu.

"Usaha ini merupakan inisiatif saya sendiri sebagai bukti kita turut memperjuangkan umat Islam di sana yang tertindas.

"Kita juga akan sentiasa mengikuti perkembangan umat Islam di Palestin daripada masa ke masa dan akan terus menyokong sebarang usaha untuk membantu mereka yang tertindas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mula dibina pada Ogos 2014, jambatan angkat pertama di Asia Tenggara yang disokong dua menara setinggi 15 tingkat pada bahagian kiri dan kanan serta boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal merupakan tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 2019, bangunan bernilai RMRM248 juta yang menghubungkan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu itu kini menjadi ikon kebanggaan Malaysia.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!