Kerajaan GRS stabil, khabar angin hanya propaganda politik

Hajiji (depan, kiri) melawat mangsa kebakaran Kampung Meruntum yang ditempatkan sementara di Dewan Sri Serigai, Putatan pada Isnin.
Hajiji (depan, kiri) melawat mangsa kebakaran Kampung Meruntum yang ditempatkan sementara di Dewan Sri Serigai, Putatan pada Isnin.
A
A
A

PUTATAN - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) stabil dan khabar angin kononnya berlaku peralihan kuasa di Sabah adalah satu propaganda politik.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga mungkin cubaan untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan parti komponen GRS yang memerintah.

"Sebenarnya ini adalah satu propaganda dimainkan pihak tertentu dengan niat mungkin untuk mengelirukan rakyat atau cuba sesuatu yang boleh merosakkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen GRS.

"Untuk makluman, kerajaan GRS begitu stabil, kita mempunyai satu keadaan politik yang stabil, kita telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Sri Serigai di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung khabar angin bahawa berlaku peralihan kuasa di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau tidak terlalu mengambil perhatian berhubung isu terbabit dan lebih kepada fokus supaya kerajaan GRS membangunkan Sabah.

"Saya tidaklah menumpukan perhatian kepada isu-isu seumpama ini kerana hari ini (Isnin) pun, kita baca Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Joniston Bangkuai telah membuat penafian mengenai perkara ini.

"Kita sekarang memberi tumpuan kepada pembangunan kepada rakyat. Saya harap rakyat tidak akan terpengaruh terhadap isu yang dimainkan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, PBS menafikan dakwaan parti itu menubuhkan kerajaan baharu dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

ARTIKEL BERKAITAN: PBS tolak dakwaan tubuh kerajaan dengan Warisan