Ahmad Zahid seru ahli UMNO pertahankan Kerajaan Perpaduan

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA NERANG - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli UMNO untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan walaupun terdapat usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, UMNO yakin keberadaan dalam kerajaan sekarang pelbagai manfaat dapat dinikmati semua sehingga ke peringkat akar umbi.

"Kita akan pertahankan Kerajaan Persekutuan kerana yakin bahawa lebih banyak manfaat diperoleh jika berada dalam Kerajaan Perpaduan.

"Antaranya agenda Islam dan Melayu menjadi teras perjuangan tanpa mengenepikan kaum dan agama lain," katanya ketika berucap pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Padang Terap di sini pada Sabtu.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO juga menghargai usaha rakan-rakan parti komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan yang sentiasa bersama UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK) sehingga parti itu mencapai kemenangan.

"Kita lihat di PRK Tioman, Pahang dan PRK Pelangai, kita menang kerana rakan-rakan (Pakatan Harapan) bantu. Kini di Kuala Kubu Bharu, tidak salah UMNO bantu sebab mereka pernah bantu kita," katanya.

Ahmad Zahid berkata, walaupun UMNO hanya mempunyai 26 kerusi di Parlimen, ia sebenarnya bukanlah menunjukkan bahawa pihak pembangkang kuat.

"Yakinlah mereka tidak kuat tapi kita yang lemah. Kenapa kita lemah? Sebab ada dalam kalangan kita yang terpengaruh dengan propaganda pembangkang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!