X

Kindly register in order to view this article
!

Harga melambung, buah tidak dapat dituai

Komoditi sawit yang kini mencecah harga RM1,000 bagi satu tan metrik memberikan keceriaan pada peneroka Felda di negara ini.
A
A

JENGKA - Peneroka Felda di Wilayah Jengka perlu berjimat cermat walaupun harga kelapa sawit kini mencecah RM1,000 bagi satu tan metrik.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, sehingga kini ada peneroka mampu meraih pendapatan hingga RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun katanya, walaupun harga komoditi itu melambung di pasaran namun ia tidak dapat dituai dengan banyak.

Menurutnya, situasi tersebut akibat kekurangan tenaga buruh kerana pembekuan pengambilan buruh asing disebabkan pandemik Covid-19.

"Nak harapkan buruh tempatan, mereka kurang berminat untuk bekerja dalam ladang menyebabkan peneroka berdepan situasi ini.

"Sekarang musim buah melawas dan peneroka yang sudah mendapat hasil sebelum ini perlu berjimat cermat untuk persediaan akan datang," katanya pada Sinar Harian pada Isnin.

Difahamkan harga tersebut adalah yang tertinggi dan dinikmati peneroka sepanjang penubuhan Felda.

Dalam pada itu, Sulaiman menyifatkan kenaikan harga itu memberikan kelegaan kepada 14,957 peneroka di wilayah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Biro Sosial Jawatankuasa dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Razak Daud mengakui memang terdapat rungutan peneroka untuk pusingan kedua tuaian berikutan isu kekurangan tenaga buruh.

"Walaupun harga sangat tinggi jika hasil tuaian tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya ia akan memberikan kesan kepada peneroka terlibat.

"Bagaimanapun kami seluruh warga peneroka berterima kasih kepada pengurusan Felda dan kerajaan kerana harga sawit tertinggi berbanding sebelumnya dan berharap harga tersebut kekal stabil untuk tempoh akan datang," jelasnya lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!