Unit ICU di lapangan: Pulau Pinang sedia kerjasama dengan KKM

Kerajaan Pulau Pinang sedia memberikan kerjasama penuh kepada KKM untuk membangunkan Field ICU di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikhaskan untuk merawat pesakit kritikal. Gambar hiasan
Kerajaan Pulau Pinang sedia memberikan kerjasama penuh kepada KKM untuk membangunkan Field ICU di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikhaskan untuk merawat pesakit kritikal. Gambar hiasan
A
A
A

BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang sedia memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membangunkan Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikhaskan untuk merawat pesakit kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, selain itu kerajaan negeri juga bersedia untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 secepat mungkin apabila sudah diperoleh oleh KKM dan kerajaan Pusat.

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo

“Selain itu, sudah ada 200 klinik sedia memberikan perkhidmatan percuma bagi pemberian vaksin untuk membantu mengawal penularan wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keperluan mendesak bagi "Field ICU" di Hospital Kepala Batas bagi merawat pesakit kritikal memandangkan penggunaan katil ICU Covid-19 di hospital-hospital negeri itu sudah mencecah lebih 100 peratus.

Jagdeep melakukan lawatan mengejut ke Pasar Awam Bagan Ajam bagi meninjau prosedur operasi standard (SOP) di pasar itu setelah diarahkan tutup 12 Mei lalu selepas beberapa peniaga telah disahkan positif Covid-19.

Jagdeep berkata, pemantauan berkenaan dilakukan kerana wujudnya kluster baharu di kawasan Jalan Terbilang itu yang melibatkan 71 kes di mana semua peniaga yang terlibat perlu membuat ujian saringan dan sehingga kini sedang menunggu keputusan ujian.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, hanya bahagian penjualan makanan dan daging khinzir di pasar itu sahaja yang masih ditutup sehingga ke hari ini manakala bahagian lain di pasar itu telah dibenarkan untuk beroperasi sejak kelmarin. - Bernama

Artikel Berkaitan: