X

Kindly register in order to view this article
!

Menara KL, Menara Alor Setar dilimpahi cahaya bendera Palestin

Menara KL dilimpahi cahaya bendera Palestin sebagai tanda solidariti ke atas perjuangan rakyat negara itu menentang kekejaman tentera Israel.
A
A

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar, Kedah dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, ia sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat negara itu yang menjadi mangsa serangan Israel.

Menurutnya, cahaya berwarna hijau, merah, putih dan hitam itu dipasang selama seminggu bermula Sabtu lalu sehingga 22 Mei ini.

"Sebagai salah sebuah menara ikonik di Malaysia, kami merasakan ini merupakan tanggungjawab kami untuk berkongsi kesedaran dengan rakyat Malaysia khasnya untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan seperti ini.

"Saya juga ingin menyeru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin, " katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Setakat Ahad, seramai 181 rakyat Palestin termasuk 52 kanak-kanak terkorban akibat serangan udara rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza.

Pertempuran antara penduduk Palestin dan kumpulan ekstrem Yahudi bermula Isnin lalu berpunca daripada insiden di Masjid al-Aqsa, susulan tindakan tentera Israel yang mengusir penduduk Palestin secara paksa di wilayah mereka sendiri di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!