Pakistan sedia berdialog dengan India

Imran Khan memaklumkan mereka sedia membantu siasatan terhadap serangan berdarah di Kashmir itu.
Imran Khan memaklumkan mereka sedia membantu siasatan terhadap serangan berdarah di Kashmir itu.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Kerajaan Pakistan bersedia membantu India menyiasat insiden serangan berdarah di Kashmir yang disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Namun, ia memberi amaran keras akan bertindak balas jika New Delhi melancarkan serangan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Imran Khan pada Selasa selepas krisis diplomatik antara kedua-dua negara semakin meningkat susulan kejadian pengeboman berani mati yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa tentera India di Kashmir.

Serangan itu didakwa didalangi kumpulan militan berpusat di Pakistan, Jaish-e-Mohammed.

Sehingga kini, Islamabad menafikan penglibatan mereka dalam insiden itu selain menafikan negara terbabit melindungi pengganas.

"Jika mereka menggunakan negara ini untuk melancarkan serangan, ia telah mencetuskan permusuhan dengan kami. Jika anda mempunyai maklumat risikan yang membuktikan penglibatan Pakistan, ia boleh diberikan secara terus kepada kami.

"Saya beri jaminan kami akan mengambil tindakan," katanya.

Menurutnya, adalah mudah untuk memulakan peperangan, namun beliau berharap kedua-dua belah pihak akan mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan perselisihan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berkaitan, pertempuran terus berlaku di Kashmir selepas tentera India melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu militan yang menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan anggota terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan militan.

Sementara itu, Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyelesaikan krisis itu.

"PBB perlu campur tangan untuk redakan konflik ini," ujarnya. - Agensi