X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

10 saat samun kedai emas

Ashari melakukan siasatan di lokasi kejadian di Medan Idaman Business Centre, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki bersenjatakan parang, tukul besi dan kapak mengambil masa kira-kira 10 saat sahaja untuk menyamun sebuah kedai emas di Medan Idaman Business Centre di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua lelaki memakai jaket dan bertopi keledar masuk ke kedai emas berkenaan, manakala seorang lagi berdiri di hadapan premis berkenaan.

"Dua lelaki itu telah memecahkan cermin pameran sebelum melarikan sejumlah barangan kemas. Jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.

Ashari berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!