X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Lelaki mengamuk tak boleh solat dalam masjid ditahan

Perlakuan lelaki yang menendang pintu pagar masjid dirakam CCTV pada Jumaat lalu.
A
A

BATU CAVES - Seorang lelaki mengamuk dengan menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut selepas tidak dapat menunaikan solat di masjid berkenaan dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tular rakaman video berdurasi dua minit dua saat menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dilihat keluar daripada sebuah kereta sebelum mengoyakkan kertas disusuli menendang pintu pagar masjid.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh bilal Masjid Jamiatus Solahiah Kampung Sungai Tua Baharu selepas melihat pintu pagar hadapan masjid dalam keadaan tercabut dan terjatuh.

Menurutnya, semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki menaiki kereta jenis Nissan Navara dalam keadaan seperti 'mengamuk' telah menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut.

Perlakuan lelaki yang menendang pintu pagar masjid dirakam CCTV pada Jumaat lalu.
Perlakuan lelaki yang menendang pintu pagar masjid dirakam CCTV pada Jumaat lalu.

"Tangkapan ke atas suspek berumur 35 tahun bersama rampasan kenderaan terlibat serta sepasang baju Melayu yang dipakainya semasa kejadian telah dilakukan.

"Punca kejadian adalah suspek berasa marah kerana tidak diberi kebenaran untuk masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek ditahan semasa hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Sabtu.

"Suspek direman selama empat hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 dan 295 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!