X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di sembilan lokaliti Kedah, satu di Pahang

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Kedah dan satu lokaliti di Pahang berkuat kuasa pada 18 Mei sehingga 31 Mei tahun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan beberapa lokaliti di kawasan Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra, Kedah manakala lokaliti di Pahang melibatkan Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub.

Antaranya lokaliti di kawasan Kedah termasuk Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C, Pusat Perniagaan Bandar Barat, Kampung Paya Kerchut, Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung dan Taman Desa Darul Aman Mukim Naga.

Ismail Sabri berkata, ia susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di beberapa lokaliti dalam kawasan berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk membolehkan KKM melakukan ujian saringan secara bersasar kepada golongan berisiko tinggi yang berpotensi menyebabkan jangkitan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 589 individu dikuarantin di stesen kuarantin seluruh negara sebaik saja tiba di pintu masuk antarabangsa pada Sabtu.

“Secara kumulatif, seramai 204,949 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 75 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara sejak 24 Julai tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,740 individu telah dikuarantin dan 195,202 orang dibenarkan pulang manakala 2,007 lagi dibawa ke hospital,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!