X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat kanak-kanak empat tahun hilang main jet ski ditemui

Mayat Firas Naufal ditemui pada jam 9.04 pagi Sabtu.
A
A

BACHOK - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikhuatiri hilang bersama bapanya selepas menaiki jet ski di Kampung Pengkalan Baru, di sini ditemui pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud ketika dihubungi memberitahu, Firas Naufal Mohd Zamizi ditemui terapung tidak jauh dari lokasi dia dan bapanya dikhuatiri hilang pada Jumaat.

"Kami mempergiatkan lagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan Alhamdulilah, mangsa berjaya ditemui pada jam 9.04 pagi tadi. Bagaimanapun usaha mencari bapanya, Mohd Zamizi Hashim, 37 tahun masih diteruskan," katanya.

Firas dan Mohd Zamizi dipercayai hilang kerana tidak pulang ke rumah selepas bermain jet ski bersama petang Jumaat.

Mayat Firas Naufal ditemui terapung berhampiran lokasi dia dan bapanya dipercayai hilang.
Mayat Firas Naufal ditemui terapung berhampiran lokasi dia dan bapanya dipercayai hilang.

Penemuan jet ski yang dinaiki dua beranak tersebut di bawah pokok berhampiran sungai berkenaan menambah lagi curiga keluarga mereka yang akhirnya membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok.

Operasi SAR tersebut melibatkan anggota dari Balai Bomba Bachok, Pengkalan Kubor, Pengkalan Chepa dan juga Pasukan Penyelamat Air (PPDA).

Pada Jumaat, bapa mangsa dikatakan membawa anaknya untuk menguji sebuah jet ski yang baru dibeli di sungai berkenaan.

Dua beranak yang beralamat di Kampung Pengkalan Chengal itu dikhuatiri lemas apabila hilang di kawasan sungai berkenaan sekitar jam 6 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!