X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Suri rumah terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud

Seorang suri rumah terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud selepas tertarik dengan satu iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh 24 jam. Gambar hiasan Gambar kecil: Noorzainy Mohd Noor
A
A

KEPALA BATAS - Seorang suri rumah terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini selepas tertarik dengan satu iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh 24 jam.

Wanita berusia 28 tahun melihat iklan pelaburan berkenaan di Facebook sebelum menekan pautan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa kemudian disambungkan ke aplikasi WhatsApp sebelum berurusan dengan individu yang mengaku sebagai pegawai syarikat pelaburan terbabit.

"Selepas menerima dokumen berkaitan syarikat dan pelaburan serta bukti pelaburan kepada dia ditawarkan beberapa pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan dalam masa 48 jam.

"Mangsa kemudian maklumkan berminat mengambil pakej berharga serendah RM600 dan akan mendapat pulangan antara RM12,000 hingga RM 16,000 dalam tempoh masa 48 jam pelaburan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Noorzainy berkata, wanita itu melakukan dua kali transaksi ke akaun bank yang diberikan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM3,015.90.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas suspek kerap meminta mangsa membuat pembayaran bagi mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan.

"Yakin dirinya telah diperdaya mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada Jumaat.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan,"katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat penilaian dan semakan terlebih dahulu apabila melihat iklan pelaburan di media sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, bagi mengelak terperangkap dengan sindiket penipuan orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu dengan melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah komersil PDRM di https:/ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi menyemak akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!