X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Kampung Orang Asli Bagan Lalang tidak diiktiraf JAKOA

Hee Loy Sian
A
A

SEPANG - Kampung Orang Asli Bagan Lalang, di sini tidak pernah wujud dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai penempatan tetap orang asli di kawasan tersebut.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, penempatan itu pada asalnya dihuni oleh tukang cuci di medan selera dan tandas awam yang merupakan penduduk asal Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek.

Beliau ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Jumaat berkata, orang asli tersebut membina pondok sementara di kawasan berkenaan untuk memudahkan perjalanan ulang-alik dari kampung asal ke tempat kerja di Bagan Lalang.

“Jarak yang jauh untuk berulang-alik dari Bukit Bangkung ke Bagan Lalang menyebabkan mereka mendirikan rumah di situ. Lama-kelamaan diikuti oleh anak-anak dan saudara-mara.

“Terdapat 13 rumah yang didirikan di kawasan tersebut dan kebanyakan ketua keluarga merupakan Keluarga Batin Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek, di sini,” katanya pada Jumaat.

Pada Jumaat, sebuah perkampungan orang asli di sini diusir untuk memberi laluan kepada satu produk pelancongan yang dibina oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Menurut laporan The Malaysian Insight pada Jumaat, pembangunan tersebut merupakan resort mewah sedia ada Avani Sepang GoldCoast yang dimiliki oleh Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).

"Rancangannya adalah untuk membangunkan tempat itu menjadi destinasi pelancongan oleh Sepang Bay Sdn Bhd menjadi sebahagian projek Sepang GoldCoast," kata firma tersebut kepada portal berita tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!