X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Sembilan 'mat rempit' kena cekup malam raya

Sebahagian aksi mat rempit yang yang melakukan aksi berbahaya di Kampung Sungai Buloh Jeram, pada Rabu.
A
A

KUALA SELANGOR - Tindakan sembilan 'mat rempit' menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Sungai Buloh Jeram di sini membawa padah apabila ditahan polis, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, semua penunggang terbabit didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

Malah, katanya, pihaknya turut mengeluarkan kompaun kepada penunggang motosikal terlibat.

"Pelbagai kesalahan dilakukan individu terbabit dan kita telah mengeluarkan kompoun di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di Facebook menyaksikan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi superman dan menunggang secara berbahaya.

Menerusi status dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan kawasan Kampung Sungai Buloh, Jeram menjadi tempat anak muda berlumba motosikal pada malam raya.

"Tolonglah ambil tindakan (aktiviti berlumba motosikal) sepanjang Ramadan ini.

"Malam ini paling meriah sekali," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!