Pemilik inap desa kena kompaun RM20,000

Antara yang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di sebuah inap desa di Kepala Batas.
Antara yang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di sebuah inap desa di Kepala Batas.
A
A
A

KEPALA BATAS - Pemilik inap desa di Kepala Batas di sini dikompaun RM20,000 selepas didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan di premis itu ketika pemeriksaan oleh polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik berusia 40 tahun itu dikompaun dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena hari raya pertama.

Menurutnya, dalam pemeriksaan pada jam 2 pagi itu, 10 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP.

“Pemilik berkenaan didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga menyebabkan kesesakan.

“Selain itu, pelanggannya tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Noorzainy berkata, secara keseluruhannya, pihaknya mengeluarkan sebanyak 18 kompaun semalam selepas orang ramai gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

Katanya, dua lelaki berusia 61 dan 66 tahun ditahan di sekatan jalan raya Sungai Nyior, Butterworth kerana cuba merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah tanpa surat kebenaran.

Selain itu, lima lelaki berusia 23 hingga 35 tahun yang berkumpul di tempat awam di Bagan Ajam, Butterworth tanpa mengamalkan penjarakan fizikal turut dikompaun.

Artikel Berkaitan: