X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Saya tak terlibat: Puad Zarkashi

Mohd Puad
A
A

BATU PAHAT - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan pembabitannya dalam kejadian pembakaran suar dan mempamerkan kain rentang 'Kerajaan Gagal' di Parit Raja di sini pada Khamis.

Ia susulan ada individu cuba mengaitkannya dengan kejadian itu memandangkan beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

"Selain itu, saya secara konsisten mengatakan Kerajaan PM8 (pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin) memang 'Kerajaan Gagal'.

"Perlu dijelaskan, Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading dan bukannya Parlimen Batu Pahat, maka jangan tuduh semberono.

"Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa pada hari raya pertama, rakyat sanggup buat perkara tersebut. Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja.

"Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk 'Kerajaan Gagal'. Semoga PM8 berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan lelaki merusuh


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!