X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Suspek bunuh rakan terjun tingkat 26

Arjunaidi
A
A

SHAH ALAM - Suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan rakan kolejnya sebelum ini, ditemui mati selepas jatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada Selasa.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku ketika suspek lelaki berusia 24 tahun yang juga penuntut kolej itu membawa pasukan penyiasat ke lokasi kejadian untuk mencari bahan bukti pembunuhan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek melakukan helah berulang-kali mendakwa terdapat barang bukti di lokasi terbabit sedangkan tiada apa-apa di situ.

"Bagaimanapun, kira-kira empat minit kemudian, secara tiba-tiba suspek yang masih bergari merentap kedua-dua belah tangannya sebelum terus berlari dan terjun dari balkoni tingkat 26 kondominium tersebut.

"Tindakan suspek yang sering membuat helah ke balkoni itu menunjukkan ada niat membunuh diri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

Arjunaidi berkata, ketika kejadian terdapat seorang pegawai kanan dan tiga anggota polis bersama suspek.

Katanya, suspek sebelum ini ditangkap pada Ahad lalu susulan kejadian pada 6 Mei sebelum direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut.

"Susulan kematian suspek utama itu, kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan Mahkamah Koroner.

"Justeru, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut. Siasatan masih dijalankan dan kita akan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kecuaian," katanya.

Jelas Arjunaidi, kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai menyebabkan orang tahanan lari.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!