Lelaki warga Bangladesh dijel atas kesalahan seksual

Tertuduh, Firoz Miah, 29, dijatuhi hukuman 30 bulan penjara selepas mengaku salah melakukan serangan seksual ke atas seorang pelajar sekolah.
Tertuduh, Firoz Miah, 29, dijatuhi hukuman 30 bulan penjara selepas mengaku salah melakukan serangan seksual ke atas seorang pelajar sekolah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas kesalahan menggesel kemaluan pada punggung pelajar perempuan tingkatan dua.

Keputusan di buat selepas tertuduh, Firoz Miah, 29, mengaku salah melakukan serangan seksual yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, Firoz didakwa melakukan perbuatan menggesel kemaluan di bahagian punggung mangsa berusia 14 tahun di sebuah pasar raya di Gong Badak, Kuala Nerus, jam 9.45 malam pada 3 Ogos 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: