11 panduan SOP PKP 3.0

Kerajaan memutuskan untuk ambil langkah-langkah lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam masyarakat.
Kerajaan memutuskan untuk ambil langkah-langkah lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam masyarakat.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Hari ini, secara rasminya negara kita memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021.

Justeru, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin berkata, tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan tersebut bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Bagaimanapun, katanya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei 2021.

“SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: